Jangan guna perkataan mualaf untuk orang yang sudah peluk Islam: MACMA

http://www.ismaweb.net/2016/03/jangan-guna-perkataan-mualaf-untuk-orang-yang-sudah-peluk-islam-macma/

Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim, wartawan pelatih Ismaweb.net

BANGI, Isnin – Rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya harus memahami maksud perkataan “mualaf” dan mengubah persepsi terhadap perkataan tersebut bagi menghormati saudara baru Islam di negara ini.

Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Kelantan, Haji Johari Yap berkata, perkataan mualaf itu sebenarnya amat sensitif terutama bagi mereka yang telah lama memeluk agama Islam.

“Mualaf adalah istilah yang digunakan untuk mereka yang sedang memahami Islam tetapi belum mengucapkan syahadah iaitu mereka baru berjinak-jinak untuk mengenal Islam,” katanya kepada Ismaweb dalam satu temu bual eksklusif di ibu pejabat MACMA di Petaling Jaya baru-baru ini.

Menurut Johari, segelintir umat Islam berbangsa Cina yang telah lama memeluk Islam mula membangkitkan isu ini sedangkan mereka telah lama memeluk Islam tetapi masih digelar sebagai mualaf.

“Perkataan mualaf itu bermakna mereka tidak pandai dalam segala hal berkaitan Islam walaupun mereka telah lama memeluk agama Islam malah mempunyai ilmu yang mendalam mengenai agama Islam,” jelasnya.

Katanya, walaupun mereka berhijrah daripada agama lain kepada Islam itu tidak bermakna mereka masih digelar mualaf.

Menurut data yang dikumpul oleh MACMA, orang Cina yang memeluk agama Islam di Malaysia ketika ini adalah 80,000 hingga 100,000 orang.

ismaweb

Sementara itu, pendakwah bebas, Azran Chan berkata, rakyat Malaysia harus menghormati penggunaan perkataan ini bagi mengelakkan salah faham.

“Mualaf atau Al-Mullafatu Qulubuhum tidak merujuk kepada kefahaman mereka kepada Islam kerana kalau hati mereka tidak terbuka untuk menerima Islam maka mereka tidak akan mengucapkan syahadah,” katanya.

Azran berkata, jika mereka telah memeluk agama Islam dan benar-benar memahami Islam mereka bukan lagi digelar sebagai mualaf malah mereka tidak sepatutnya dibezakan dengan umat Islam lain di negara ini.

“Sebagai contoh ketika zaman Rasulullah SAW, baginda tidak menggelar para sahabat yang baru memeluk Islam sebagai mualaf malah baginda memberi gelaran yang baik untuk mereka antaranya Khalid al-Walid yang dahulunya penentang Islam, tetapi apabila dia memeluk Islam, Rasulullah SAW menggelarnya sebagai Saifullah yang bermaksud Pedang Allah,” katanya.

Menurutnya, istilah yang lebih sesuai digunakan adalah Muhajir iaitu hijrah daripada keburukan ke arah kebaikan.

“Malah Rasulullah SAW juga menggelar para sahabat dengan gelaran Muhajir atau Muhajirin yang bermaksud orang yang berhijrah kepada kebaikan,” ujarnya.

Posted in News

Leave a Reply

Klik di sini untuk melihat senarai artikel Johari Yap di laman web Sinar Harian.

Categories

Recent posts

Comments