Hilman Authentic, Jenama Kasut Bertaraf Antarabangsa

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/683523-hilman-authentic-jenama-kasut-bertaraf-antarabangsa.html

Siapa sangka anak muda Malaysia boleh memiliki jenama kasut sendiri? Itulah yang telah dibuktikan oleh Muhammad Noor Hilman yang berasal dari Terengganu. Beliau yang merupakan anak seorang pengawal keselamatan masjid membuktikan kepada orang ramai bahawa dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan bukanlah penghalang untuk mencipta nama di persada antarabangsa.

Hilman merupakan seorang usahawan muda yang sedang mencipta nama dalam dunia fesyen kasut. Mungkin semakin ramai yang sudah mengenali kasut jenama Hilman Authentic yang telah dilancarkan di Malaysia pada Disember 2016. Jenama tersebut mendapat sambutan luar biasa; dalam masa 3 bulan sahaja, hampir 1,500 pasang kasut telah ditempah. Kini, lebih 2,000 pasang kasut telah terjual.

Fokus Hilman Authentic adalah dalam penghasilan elevated shoes, sejenis kasut yang memberi penyelesaian kepada pengguna yang mengalami masalah kurang ketinggian dan postur tulang belakang yang tidak lurus. Inilah yang membezakan kasut Hilman Authentic dengan kasut lain; selain mengambil kira unsur fesyen, ia membantu menyelesaikan masalah pengguna yang kurang ketinggian untuk tampak lebih tinggi.

Walaupun belum setahun dari tarikh ia dilancarkan, jenama Hilman Authentic telah berjaya menembusi pasaran Singapura dan Indonesia. Apakah yang membuatkan kasut Hilman Authentic berjaya menarik perhatian penggemar fesyen dan mendapat sambutan yang memberangsangkan?

Pertama, pengasasnya adalah seorang pemuda berusia 29 tahun, bekas pelajar Maktab Tentera Diraja yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan marin. Beliau bercita-cita tinggi untuk menakluki pasaran antarabangsa dalam bidang fesyen.

Kedua, ia mempunyai keunikan yang tidak ditawarkan kasut lain termasuk kasut jenama antarabangsa. Sebelum mengorak langkah dalam bidang yang diminatinya ini, Hilman bersama rakan-rakannya telah membuat kajian mendalam mengenai potensi pasaran. Kajian yang dilakukan menunjukkan tinggi purata penduduk Malaysia adalah 164 cm dengan 75 peratus mempunyai ketinggian di bawah 170cm. Ini bermakna, untuk pasaran tempatan sahaja, Hilman Authentic mempunyai 24 juta prospek pelanggan.

Mereka juga mendapati ramai lelaki yang berkeinginan untuk menjadi atau tampak lebih tinggi atas pelbagai sebab. Wanita yang rendah atau sederhana tinggi boleh menggunakan kasut tumit tinggi tetapi tidak bagi lelaki yang tidak dikurniakan ketinggian normal. Maka, reka bentuk kasut berjenama Hilman Authentic ini boleh menjadi penyelesaian fesyen buat lelaki yang ingin memperbaiki penampilan diri dengan cara meningkatkan ketinggian kerana lelaki tinggi tampak lebih menarik.

Atas dorongan ini, Hilman dan rakan-rakannya mencipta kasut yang mampu meningkatkan ketinggian pengguna sebanyak 7cm. Menariknya, kasut Hilman Authentic nampak sama seperti kasut berjenama yang lain.

Ketiga, selain keunikannya yang mampu menambah ketinggian, ia juga dicipta dengan mengutamakan kualiti bagi memastikan keselesaan maksimum kepada pengguna. Insole Increaser Hilman Authentic diperbuat daripada bahan bermutu tinggi. Reka bentuknya turut membantu pengguna membaiki postur tulang belakang dengan mengelakkan mereka daripada membongkok ketika berdiri atau berjalan.

Keempat, ia hanya menggunakan kulit (leather) gred A sahaja bagi mengekalkan ciri-ciri mewah dan elegan. Selain penggunaan kulit asli berkualiti tinggi, 100 peratus kasut ini diperbuat dengan tangan (handmade).

Kelima, sesuai dengan gaya hidup kini dan pengalaman serta minat Hilman dan rakan-rakannya, mereka fokus menaikkan jenama Hilman Authentic secara atas talian. Ini sesuai dengan pengguna masa kini yang semakin ramai beralih kepada membeli-belah secara atas talian, atas pelbagai faktor. Berada dalam fasa mencipta brand awareness, Hilman dan rakannya optimis dengan strategi ini dan menyasarkan 1 juta pengguna tempatan dalam masa 6 bulan pertama. Mengikut penilaian berdasarkan prestasi jualan, mereka mampu untuk menjual sekurang-kurangnya 5,000 pasang kasut untuk tahun 2017.

Hilman Authentic menggunakan pelbagai platform seperti Lazada, Facebook, Instagram, Amazon, eBay, jerayawara (roadshows), dan lain-lain untuk mencapai sasaran jualan. Setelah 6 bulan pertama, mengambil peluang atas kemerosotan mata wang Malaysia dan elevated shoes yang dijual pada harga 3 kali ganda di Eropah, Hilman Authentic akan meluaskan fokus ke benua Eropah.

Kini, Hilman Authentic mengambil langkah yang lebih drastik dengan menghasilkan kasut but taktikal yang menggunakan kevlar sebagai bahan utamanya. Kevlar merupakan fiber sintetik para-aramid yang kuat dan bermutu tinggi yang digunakan dalam pembuatan jaket kalis peluru disebabkan kekuatan dan ketahanannya. Berpegang teguh pada prinsip ?setiap masalah adalah peluang”, anak muda ini tekad untuk terus menghasilkan sesuatu yang unik dan dapat menandingi produk hasil ciptaan luar negara.

Ilham untuk mengeluarkan but taktikal timbul apabila melihat banyak kasut but taktikal yang terdapat di pasaran mudah rosak terutamanya bahagian upper fabric dan juga tapak (outsole). Kasut taktikal di pasaran sekarang hanya menggunakan bahan kevlar di bahagian tapak sahaja. Hilman Authentic mengambil langkah bijak dengan menghasilkan kasut but taktikal yang lebih tahan lasak dengan menggunakan fabrik yang dibuat khas daripada bahan kevlar untuk keseluruhan kasut, bukan sekadar di bahagian tapak.

Antara ciri-ciri lain yang juga ditekankan dalam pembuatan kasut Hilman Authentic adalah kalis air; ia dihasilkan menggunakan teknologi waterproof breathable fabric. Teknologi ini bukan sahaja memastikan kasut Hilman Authentic tidak menyerap air, malah memberi pengudaraan yang optimum bagi keselesaan untuk penggunaan dalam tempoh masa yang lama. Tapak kasut pula direka khas untuk menyerap hentakan yang tinggi dengan menggunakan teknologi anti-shock serta anti-slip bagi aktiviti yang dilakukan pada permukaan yang licin disebabkan air atau minyak.

Produk inovasi unik yang dijangka akan masuk ke pasaran antarabangsa pada Ogos 2017 ini diramal mendapat sambutan hebat daripada pengguna dan penggemar kasut but taktikal. Tahniah kepada Hilman Authentic kerana sentiasa berusaha dan berani mencipta kelainan dan membuktikan bahawa idea anak muda tempatan mampu menyaingi produk hasil rekaan luar negara.

Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga atas pencapaian ini dan diharap akan ada lebih ramai lagi usahawan tempatan tampil dengan idea-idea kreatif agar Malaysia lebih dikenali di pentas antarabangsa. Semoga Hilman berjaya meluaskan empayar Hilman Authentic dalam bidang fesyen, tidak menjurus kepada kasut semata-mata. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan kasut jenama Hilman Authentic, anda boleh melayari laman web http://hilmanauthentic.com/ atau berkunjung ke pejabat Hilman Aunthentic Sdn. Bhd., yang juga merupakan mini showroom, di 1st Floor Office, 21-2 Jalan PJU 8/5D, Damansara Perdana , 47820 Petaling Jaya, Selangor.

Johari Yap
Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Cawangan Kelantan

Posted in Malaysian Digest

Leave a Reply

Klik di sini untuk melihat senarai artikel Johari Yap di laman web Sinar Harian.

Categories

Recent posts

Comments