About

Johari Yap berkelulusan Sarjana Muda Perisian Komputer dan Teknologi Maklumat dengan Kepujian (B.S. & I.T. Hons) daripada Lincoln University, Christchurch, New Zealand dan Sarjana Sains (Pergigian) daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau juga mempunyai Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang ICT (eCommerce) daripada Christchurch Polytechnic Institute of Technology (CPIT), Christchurch, New Zealand dan Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Pemasaran daripada Chartered Institute of Marketing (CIM, UK).

Kajian Sarjana Johari Yap adalah berkaitan pengukuran isipadu intrakranial untuk “decompressive craniectomy” pra- dan pasca-pembedahan berdasarkan imej otak tomografi berkomputer menggunakan perisian sumber terbuka. Manakala kajian Johari Yap mengenai Cloud Computing di Lincoln University boleh didapati disini :-

http://researcharchive.lincoln.ac.nz/dspace/handle/10182/3145.

Beliau sekarang sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah di USM dalam bidang Pengimejan Kraniofasial.

Johari Yap aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan. Pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Kelantan kategori Saudara Kita pada tahun 2007. Beliau juga telah diberikan Sijil Khas daripada Parlimen oleh Ahli Parlimen Waimakariri, Clayton Cosgrove pada tahun 2010 kerana aktif dalam program khidmat masyarakat dalam membantu pihak polis mengawal dan mencegah jenayah di Christchurch (Christchurch Crimewatch).

Pada tahun 2015, Johari Yap telah dianugerahkan Tokoh Dakwah USM oleh TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dalam majlis sambutan Maal Hijrah peringkat USM (Laporan The Star, 31 Oktober 2015 seperti di bawah)

Johari-Yap-Tokoh-Dakwah-USM

Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita Kelantan

Anugerah Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita oleh Sultan Kelantan 2007

with Papanui Police

Aktiviti di sungai Waimakariri pada hujung minggu adalah salah satu kemestian semasa berada di Christchurch daripada 2007 hingga 2011.

Ikan Kahawai

Ikan Kahawai 2

 

One comment on “About
  1. Mikhael says:

    My Father (Johari Yap) is
    AWESOME!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply